Saturday, 1 December 2012

BAB 4 ~Afeqien Abduillah, bakal seorang ustaz.



Malam tadi hujan lebat, Amyra terasa panas di dalam pelukan ibunya. Saat begini, yang ditunggu-tunggu Amyra selalu. Rasa rindu Amyra kepada ibunya terubat seketika.  Amyra melihat ibunya tidur  nyenyak. Direnungnya wajah ibu kesayangannya itu dalam-dalam.  Amyra sedar ibunya banyak berkorban dan hidup susah sebelum ini. Amyra masih ingat  Lelaki Jawa itu. Biar  Allah (SWT) sahaja yang akan membalas segala perbuatannya. Amyra mahu melupakannya. Tetapi sejahat-jahat Lelaki jawa  itu, dia tetap bapa Amyra. Tidak ada cara untuk melupakan segala peristiwa ketika bersama bapanya.  Amyra seboleh-bolehnya mahu melupakan segalanya dan tidak mahu peduli tentang bapanya lagi. Dia akan menangis dan kecewa.

Puas Amyra cuba memejamkan matanya, hujan yang lebat dan dingin itu, tidak sedikit pun membuatkan matanya mengantuk. Rugi sekali, kerana hujan di waktu malam adalah saat yang dinanti-nanti  Amyra supaya dapat tidur dengan  lena, apatah lagi ada pula ibu kesayangan di dalam pelukan. Sejuk dan selesa.  Peristiwa malam tadi  membuatkan Amyra tersenyum sendirian. Amyra sekali lagi menggantang asap.
Bayangan wajah Daneal terpampang di ruangan matanya. Hujan semakin lebat, Amyra menjadi rindu, rindu untuk bertemu Daneal lagi. Amyra tenggelam di dalam angan-angannya sendiri. Amyra memeluk ibunya sehingga terlena.

“Hurmm..Myra, ibu dah panaskan makanan kiriman Datin Maznah. Sedap, marilah sarapan sama-sama?.” Pelawa Masdiana kepada anak kesayangannya itu, sebaik sahaja Amyra menuju ke dapur.

“Petang nanti kawan serumah Amyra akan balik , jadi bolehlah ibu pulang, kesian Pak Cik keseorangan di rumah, Dah dua malam ibu dengan Myra disini…” kata Amyra sambil tersenyum dan membetulkan tempat duduknya.

Macaroni goreng,  yang disenduknya ke piring, tidak dapat disuapnya. Bayangan Daneal tersenyum disitu. Amyra tersipu sendirian. Perasaannya sudah celaru. Wajah tenang ibunya di hadapan matanya tenggelam timbul berselang seli dengan wajah Daneal, lelaki kacak itu.

“Mungkin inikah yang dikatakan penyakit ‘angau?." Hati kecilnya bertanya.

“Amyra, siap-siaplah, sekejap lagi,’ Pak Cik’ Myra akan datang jemput kita. Myra masih ingat lagi tak dengan Afeqien Abduillah. Dia sudah tamat menuntut di Universiti Al Azhar di Mesir. Sekarang dia sedang menunggu panggilan untuk menjadi Ustaz di sebuah Sekolah Agama.” Kata Masdiana melenyapkan anganan Amyra.

“Bagaimana ibu tahu semua ini?" tanya Amyra kehairanan. wajah Afeq yang tenang dan bersih itu tiba-tiba muncul.

Amyra masih ingat, satu hari itu, ibunya membawanya ke rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Ketika itu Afeq sedang bercuti. Afeq adalah seorang anak yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Afeq seorang pelajar cemerlang dan soleh. Afeq selalu mengajar ilmu agama, menjadi imam dan mengajar mengaji kepada anak-anak yatim di situ yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri ketika beliau bercuti.  Dia berazam akan menggunakan ilmu yang dituntutnya itu, untuk berbakti kepada rumah anak-anak yatim tersebut, yang banyak berjasa kepadanya. Suara Afeq sungguh merdu apabila mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’anul Karim.

Masdiana selalu melawat beberapa rumah anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur. Dengan cara ini, Masdiana merasa dirinya masih diperlukan, disayangi dan dihargai. Masdiana terasa tenang dan bahagia di situ.

“Ibu ada bercakap dengan Puan Zainab semalam. dalam telefon, tiba-tiba ibu jadi rindu pula hendak pergi ke sana” jelas Masdiana lagi.

Amyra tidak sampai hati untuk menolak pelawaan ibunya. Amyra segera naik keatas dan tukar pakaian. Cuti hari ini akan dihabiskan di rumah anak-anak yatim itu. Amyra tidak ada masalah untuk kesana. Amyra sedar, dia pun sama seperti mereka. Cuma Amyra lebih rasa bersyukur  kerana masih mempunyai seorang ibu yang benar-benar bertanggungjawab dan sangat mengambil berat.

“Phon...!!” Bunyi hon sebuah teksi, berhenti di hadapan rumah pekerja itu.

“Cepat  Amyra, Pak Cik Myra dah sampai tu,”kata Masdiana dengan suara yang agak lantang.

“Ya ibu, Myra dah siap ni.” Amyra segera membuka pintu untuk ibunya dan membimbit sebuah beg kecil yang memuatkan pakaian basahan ibunya..

“Apa khabar Pak Cik,?. “ Tegur Amyra sambil bersalam dengan bapa tirinya yang di panggil ‘Pak Cik ‘ itu, dengan sopan.

“Khabar baik, Myra apa khabar? Nampak ceria saja hari ini, amboi...maklumlah dapat berpeluk dengan ibu dia..Pak Cik jugak lah yang melopong…” kata Azizul Azrai, sambil menjeling manja kepada Masdiana, isteri yang sangat dicintainya.

Amyra ketawa kecil. Masdiana mencubit manja paha suaminya. Suaminya memang suka bergurau.

Teksi yang dipandu Azizul, menghala ke jalan Semarak. Masing-masing mendiamkan diri. Sesekali Azizul memandang wajah anak tirinya melalui cermin pandang belakang. Azizul boleh dikatakan seorang pencinta wanita. Kadang-kadang Masdiana rasa cemburu dengan gelagat suaminya apabila Azizul menceritakan kecantikan penumpang-penumpang wanita yang menaiki teksinya.

“Lelaki!” Degus hati Masdiana. Lelaki tidak boleh dipercayai seratus persen. Apa lagi, 99 peratus penumpang teksi Azizul adalah wanita.

Azizul adalah seorang pemandu teksi yang cerewet. Dia lebih suka mengambil penumpang wanita daripada penumpang lelaki. Banyak baiknya. Yang penting dia ikhlas mencari nafkah untuk menyara persekolahan anak-anaknya serta isterinya Masdiana. Hari minggu, jalan tidak  begitu sesak, tetapi di jalan menghala ke Taman tasik titiwangsa selalunya tidak pernah lengang setiap hujung minggu begini. Kereta-kereta akan berasak-asak untuk mencari tempat parkir, penuh di kiri kanan jalan di kawasan Taman Tasik Titiwangsa itu. Tempat parkir kereta yang telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, selalu penuh.

No comments:

Post a Comment