Tuesday, 11 December 2012
Saturday, 1 December 2012
BAB 5 ~ Rumah anak-anak yatim Darul Taufiq.
Masdiana, Amyra dan Azizul disambut
mesra oleh Puan Zainab, pengusaha pusat anak-anak yatim Darul Taufiq itu. Dari
jauh Masdiana ternampak Afeqien Abduillah sedang bergurau senda dengan
‘adik-adiknya’. Nampak sungguh akrab. Kelihatan beberapa kanak-kanak
perempuan sedang membersih dan menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah dua
tingkat itu, di atas tanah lot, bersebelahan dengan Taman Tasik titiwangsa.
Sungguh damai suasana di sini. Mereka sesekali, mereka di benarkan juga untuk
keluar mengambil angin dan berjalan-jalan atau berjoging di sekitar Taman tasik
Titiwangsa itu, dengan pengawasan penyelia.
Lama Amyra memerhatikan gelagat
Afeqien Abduillah yang masih muda itu. Dalam perkiraan Amyra, Daneal lebih
berusia beberapa tahun dan Afeq sebaya dengannya. Cuma Amyra sahaja yang
kurang bernasib baik. Amyra tidak pernah dapat menduduki peperiksaan
kerana pada masa itu, Amyra selalu berpindah-randah mengikut ibunya dan tidak
dapat bersekolah kerana tiada sijil kelahiran. Setelah Masdiana berkenalan
dengan Azizul Azrai dan berjaya melepaskan diri daripada cengkaman ‘Lelaki
Jawa’ itu, barulah Amyra dimasukkan kesekolah Agama Rakyat di Utara tanah air.
Itupun sekejap sahaja. Walaupun begitu, Amyra seorang yang rajin belajar.
Dengan menggunakan kemudahan komputer riba, Amyra belajar menulis dan mengeja
dengan ibunya di ruangan ‘chating’ setiap malam. Sedari kecil, Masdiana
mengajar Amyra secara tidak formal di rumah. Alhamdulillah, Amyra dapat membaca
dan menulis dengan baik. Sekarang Amyra sedang belajar bahasa Inggeris pula.
Masdiana pernah berpesan kepada
Amyra bahawa, dunia teknologi morden sekarang ini, tidak membataskan kita untuk
belajar. Janganlah kecewa jika kita tidak berpelajaran tinggi, kerana dengan
sijil sahaja tidak akan membuatkan kita berjaya dalam hidup. Kekuatan dan
jatidiri akan menjadikan hidup kita lebih berjaya di samping berdoa kepada
Allah (SWT), berusaha dan yang paling penting sekali ialah restu dan doa dari
ibubapa, akan membawa keberkatan hidup di dunia dan di akhirat nanti.
“Lama sungguh Puan Masdiana tidak jengok
kami..” Kata Puan Zainab pengusaha pusat anak-anak yatim tersebut.
“Ya, lebih kurang enam bulan lepas, kali
terakhir saya datang melawat, waktu itu Afeq tidak ada, masih menuntut di Mesir
kan?” Jelas Masdiana, sambil matanya tertumpu kepada Afeq yang sedang melayan
kerenah ‘adik-adiknya’.
“Abang Afeq, cuba lihat di sana, siapa
yang datang,” kata Mizi, seorang anak gelandangan yang di ambil dari jalan Haji
Taib, masa itu dia sedang merayau-rayau sendirian. Umurnya ketika itu 10 tahun.
Sekarang Mizi telah pun menuntut di sekolah menengah. Mizi seorang yang rajin
belajar dan bercita-cita tinggi.
“Assalamualaikum, ini mak cik Masdiana
ke? Astaghfirullahal ‘Azdim, maaflah makcik, Afeq tidak perasan makcik
datang, apa khabar?” Sambil menunduk hormat dan menghadiahkan senyuman kepada
Amyra.
“Anak dara makcik ni pun ada sama?”
tanya Afeqien Abduillah lagi bergurau.
“Amyra, apa khabar?” tanya Afeq sambil
tersenyum.
Pandangannya dialihkan kepada Masdiana
cepat-cepat. Afeq tidak mahu memandang Amyra lama-lama dengan penuh nafsu.
Berdosa. Walaupun pada hakikatnya Amyra seorang yang cukup sempurna dan menawan
setiap lelaki yang memandangnya. Afeq mesti menjaga maruahnya sebagai
seorang yang bakal bergelar Ustaz. Gerak geri, pertuturan dan perbuatan Afeq
akan diperhatikan dan menjadi contoh oleh’adik-adiknya’. Di dalam hati Afeq,
hanya Allah sahaja yang tahu, seandainya Amyra itu sedar bahawa, sudah sekian
lama dia menyimpan hasrat , sejak pertama kali mereka bertemu di rumah
anak-anak yatim itu, 3 tahun yang lalu. Afeq tidak pernah lupa niatnya yang
suci. Dia selalu berdoa mudah-mudahan ada jodoh di antara mereka berdua. Afeq
mahu teguhkan ekonominya terlebih dahulu dan banyak lagi persediaan untuk
menjadi seorang suami. Sekarang usianya masih terlalu muda, begitu juga Amyra.
Masih punya banyak masa dan masih banyak yang perlu di pelajari.
“Afeq apa khabar? Makcik doakan semoga
Afeq berjaya mengejar cita-cita.” Kata Masdiana memberi perangsang dan harapan
buat Afeqien.
Masdiana sungguh tertarik kepada
Afeqien, dia adalah calon terbaik untuk anaknya Amyra. Sekurang-kurangnya
Afeqien boleh membimbing Amyra dalam hal-hal agama, kerana Amyra memang tidak
sempat menuntut ilmu agama dengan sempurna. Masdiana sedar. Tetapi Masdiana
yakin masih belum terlambat untuk Amyra mempelajarinya. Masdiana selalu
berpesan kepada Amyra supaya membuka ‘youtube’, kerana di situ, Amyra boleh
belajar mengaji, mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sebagainya.
Melayari internet kepada yang berfaedah sangat banyak manafaatnya.
“Ustaz, boleh ajar Myra mengaji tak?”
tanya Amyra sambil menjeling manja.
“Boleh, apa salahnya, datanglah kemari
pada hari minggu, bolehlah belajar mengaji bersama-sama” pelawa Afeqien.
Masdiana dan Puan Zainab tersenyum.
Setelah melawat dan bertanya khabar
semua penghuni di situ, Masdiana menyumbangkan sekeping cek bernilai RM 300.00,
kepada Puan Zainab.
“Terima kasih Puan Masdiana, semoga
Allah sajalah yang akan membalas budi Puan Masdiana adan di perluaskan lagi
pintu rezeki kepada Puan Masdiana sekeluarga” ucap Puan Zainab, sambil menerima
cek itu dengan perasaan terharu.
Masdiana bukan seorang yang kaya-raya,
sebanyak itu sahaja yang dia mampu asalkan hatinya benar-benar ikhlas.
“Terima kasih Puan, kerana melayan kami
dengan baik sekali, kami bermohon diri dulu ya, Insyaallah jika ada masa nanti,
kami akan datang lagi” kata Masdiana sambil memrgang tangan Amyra.
Azizul Azrai sudah terlebih dahulu,
berada di dalam teksinya. Membaca surat khabar sambil menunggu Masdiana
dan Amyra untuk pulang. Azizul cukup menepati masa. Dia tidak suka
bertangguh-tangguh, pelanggan teksinya akan marah, jika terlambat.
Azizul Azrai sempat juga beramah mesra
dengan sebahagian anak-anak yatim di situ. Dia juga bersalaman sambil
menepuk-nepuk bahu Afeqien sewaktu mahu beredar sebentar tadi. Azizul
memang tidak banyak bercakap, tetapi lebih banyak tersenyum sambil mendengar
perbualan mereka.
Di dalam hati Azizul hanya hendak keluar
cepat dari tempat itu, untuk mencari duit. Banyak benda yang belum dibayar.
Yuran sekolah anak-anaknya serta perbelanjaan harian, tetapi Azizul
menghormati, memahami serta menyokong setiap rancangan dan kehendak Masdiana.
Itu sahaja yang Azizul mampu untuk memberi kebahagiaan kepada Masdiana.
BAB 4 ~Afeqien Abduillah, bakal seorang ustaz.
Malam tadi hujan lebat, Amyra terasa
panas di dalam pelukan ibunya. Saat begini, yang ditunggu-tunggu Amyra selalu.
Rasa rindu Amyra kepada ibunya terubat seketika. Amyra melihat ibunya
tidur nyenyak. Direnungnya wajah ibu
kesayangannya itu dalam-dalam. Amyra sedar ibunya banyak berkorban dan
hidup susah sebelum ini. Amyra masih ingat Lelaki Jawa itu. Biar
Allah (SWT) sahaja yang akan membalas segala perbuatannya. Amyra mahu
melupakannya. Tetapi sejahat-jahat Lelaki jawa itu, dia tetap bapa Amyra. Tidak ada cara
untuk melupakan segala peristiwa ketika bersama bapanya. Amyra
seboleh-bolehnya mahu melupakan segalanya dan tidak mahu peduli tentang bapanya
lagi. Dia akan menangis dan kecewa.
Puas Amyra cuba memejamkan matanya,
hujan yang lebat dan dingin itu, tidak sedikit pun membuatkan matanya
mengantuk. Rugi sekali, kerana hujan di waktu malam adalah saat yang
dinanti-nanti Amyra supaya dapat tidur dengan lena, apatah lagi ada
pula ibu kesayangan di dalam pelukan. Sejuk dan selesa. Peristiwa malam
tadi membuatkan Amyra tersenyum
sendirian. Amyra sekali lagi menggantang asap.
Bayangan wajah Daneal terpampang di
ruangan matanya. Hujan semakin lebat, Amyra menjadi rindu, rindu untuk bertemu
Daneal lagi. Amyra tenggelam di dalam angan-angannya sendiri. Amyra memeluk ibunya
sehingga terlena.
“Hurmm..Myra, ibu dah panaskan makanan
kiriman Datin Maznah. Sedap, marilah sarapan sama-sama?.” Pelawa Masdiana
kepada anak kesayangannya itu, sebaik sahaja Amyra menuju ke dapur.
“Petang nanti kawan serumah Amyra akan
balik , jadi bolehlah ibu pulang, kesian Pak Cik keseorangan di rumah, Dah dua
malam ibu dengan Myra disini…” kata Amyra sambil tersenyum dan membetulkan
tempat duduknya.
Macaroni goreng, yang disenduknya
ke piring, tidak dapat disuapnya. Bayangan Daneal tersenyum disitu. Amyra
tersipu sendirian. Perasaannya sudah celaru. Wajah tenang ibunya di hadapan
matanya tenggelam timbul berselang seli dengan wajah Daneal, lelaki kacak itu.
“Mungkin inikah yang dikatakan penyakit
‘angau?." Hati kecilnya bertanya.
“Amyra, siap-siaplah, sekejap lagi,’ Pak
Cik’ Myra akan datang jemput kita. Myra masih ingat lagi tak dengan Afeqien
Abduillah. Dia sudah tamat menuntut di Universiti Al Azhar di Mesir. Sekarang
dia sedang menunggu panggilan untuk menjadi Ustaz di sebuah Sekolah Agama.”
Kata Masdiana melenyapkan anganan Amyra.
“Bagaimana ibu tahu semua ini?" tanya
Amyra kehairanan. wajah Afeq yang tenang dan bersih itu tiba-tiba muncul.
Amyra masih ingat, satu hari itu, ibunya
membawanya ke rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Ketika itu Afeq sedang
bercuti. Afeq adalah seorang anak yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak-anak
yatim Darul Taufiq. Afeq seorang pelajar cemerlang dan soleh. Afeq selalu
mengajar ilmu agama, menjadi imam dan mengajar mengaji kepada anak-anak yatim di
situ yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri ketika beliau bercuti.
Dia berazam akan menggunakan ilmu yang dituntutnya itu, untuk berbakti
kepada rumah anak-anak yatim tersebut, yang banyak berjasa kepadanya. Suara
Afeq sungguh merdu apabila mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’anul Karim.
Masdiana selalu melawat beberapa rumah
anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur. Dengan cara ini, Masdiana merasa
dirinya masih diperlukan, disayangi dan dihargai. Masdiana terasa tenang dan
bahagia di situ.
“Ibu ada bercakap dengan Puan Zainab
semalam. dalam telefon, tiba-tiba ibu jadi rindu pula hendak pergi ke sana” jelas
Masdiana lagi.
Amyra tidak sampai hati untuk menolak
pelawaan ibunya. Amyra segera naik keatas dan tukar pakaian. Cuti hari ini akan
dihabiskan di rumah anak-anak yatim itu. Amyra tidak ada masalah untuk kesana.
Amyra sedar, dia pun sama seperti mereka. Cuma Amyra lebih rasa bersyukur
kerana masih mempunyai seorang ibu yang benar-benar bertanggungjawab dan sangat
mengambil berat.
“Phon...!!” Bunyi hon sebuah teksi,
berhenti di hadapan rumah pekerja itu.
“Cepat Amyra, Pak Cik Myra dah
sampai tu,”kata Masdiana dengan suara yang agak lantang.
“Ya ibu, Myra dah siap ni.” Amyra segera
membuka pintu untuk ibunya dan membimbit sebuah beg kecil yang memuatkan
pakaian basahan ibunya..
“Apa khabar Pak Cik,?. “ Tegur Amyra
sambil bersalam dengan bapa tirinya yang di panggil ‘Pak Cik ‘ itu, dengan
sopan.
“Khabar baik, Myra apa khabar? Nampak
ceria saja hari ini, amboi...maklumlah dapat berpeluk dengan ibu dia..Pak Cik
jugak lah yang melopong…” kata Azizul Azrai, sambil menjeling manja kepada
Masdiana, isteri yang sangat dicintainya.
Amyra ketawa kecil. Masdiana mencubit
manja paha suaminya. Suaminya memang suka bergurau.
Teksi yang dipandu Azizul, menghala ke
jalan Semarak. Masing-masing mendiamkan diri. Sesekali Azizul memandang wajah
anak tirinya melalui cermin pandang belakang. Azizul boleh dikatakan seorang
pencinta wanita. Kadang-kadang Masdiana rasa cemburu dengan gelagat suaminya
apabila Azizul menceritakan kecantikan penumpang-penumpang wanita yang menaiki
teksinya.
“Lelaki!” Degus hati Masdiana. Lelaki
tidak boleh dipercayai seratus persen. Apa lagi, 99 peratus penumpang teksi
Azizul adalah wanita.
Azizul adalah seorang pemandu teksi yang
cerewet. Dia lebih suka mengambil penumpang wanita daripada penumpang lelaki.
Banyak baiknya. Yang penting dia ikhlas mencari nafkah untuk menyara
persekolahan anak-anaknya serta isterinya Masdiana. Hari minggu, jalan
tidak begitu sesak, tetapi di jalan menghala ke Taman tasik titiwangsa
selalunya tidak pernah lengang setiap hujung minggu begini. Kereta-kereta akan
berasak-asak untuk mencari tempat parkir, penuh di kiri kanan jalan di kawasan
Taman Tasik Titiwangsa itu. Tempat parkir kereta yang telah disediakan oleh
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, selalu penuh.
BAB 3 ~Tidak bertepuk sebelah tangan.
Datin Maznah menjemput semua pekerja di
syarikatnya ke majlis yang sederhana itu. Ada yang membawa ahli keluarga
masing-masing. Dalam kesibukan itu, Datin maznah sempat juga beramah mesra
dengan tetamu yang hadir. Tetamu menjamu selera sambil berbual, sesekali
kedengaran gelak ketawa.
Amyra Adrya, menjamah hidangan dengan
perlahan. Kemana melayang fikirannya, menerawang, menggangtang asap,
sehinggakan tidak mendengar perbualan rakan-rakan semeja. Dia khayal dalam
lamunan yang direka-rekanya sendiri. Sesekali Amyra mencuri pandang kepada
Daneal yang duduk di meja hadapan. Namun wajahnya yang disimbahi cahaya lampu
led di celah-celah pokok hiasan, jelas kelihatan. Amyra berdebar dan cemburu;
terasa panas dadanya, apabila melihat kemesraan Deera. Amyra terasa pelik,
kenapa dia mesti cemburu. Puas dia bertanya-tanya di dalam hatinya. Sudu dan
garfu bermain-main di atas steak, tidak disuapkan ke mulut, bahkan
ditusuk-tusuknya berkali-kali. Amyra melayan perasaannya sendiri.
Lebih kurang pukul 11.00 malam, para
tetamu semakin beransur untuk pulang. Dato' Zakaria dan Datin Mariam juga turut
memohon diri.
"Daneal, mama balik dulu ya,
jangan balik lambat; dan jangan nakal-nakal tau," Datin Mariam menjeling
tanda amaran kepada anak tunggal kesayangannya. Setelah bersalaman, mereka pun
berlalu.
"Datin, Deera, Myra pun nak balik
dulu ya, ibu Amyra ada di rumah seorang tu," jelas Amyra kepada Datin
maznah.
"Eh, kenapa tidak ajak ibu Myra
sekali tadi, dapat juga berkenalan, tunggu sekejap ya, Myra..."
Datin Maznah pandai menjaga hati
pekerja-pekerjanya kerana pada pendapat beliau, untuk mencari pekerja yang baik
bukan senang sekarang ini, tambahan lagi gadis-gadis sekarang lebih suka
memilih kerja. Pekerja baginya adalah 'asset' penting dalam sesebuah syarikat
itu. Pekerja yang didikasi dan tekun dalam pekerjaannya akan membuatkan
syarikat untung berlipat kali ganda.
"Mak Mah, tolong bungkuskan makanan
untuk Amyra bawa pulang ya... oh ya, Mak Mah ada nampak Deris?." Tanya
Datin Maznah.
Dari tadi lagi Datin Maznah tidak nampak
batang hidung Deris, pemandunya.
"Maaf Datin, Mak Mah terlupa nak
bagitahu Datin, Deris ada bagitahu Mak Mah, dia terpaksa pulang, sebab
isterinya sakit hendak bersalin. Agaknya dia ke hospital, mungkin Deris tak nak
ganggu Datin, sebab itu dia tidak bagitahu Datin. lagipun Deris tergesa-gesa
tadi." Kata Mak Mah sambil meminta maaf.
Semua tetamu mengucapkan terima kasih
kepada Datin Maznah dan memohon diri untuk pulang. Ada yang datang dari jauh,
yang mana bekerja di cawangan-cawangan di luar Kuala Lumpur. Ada juga yang
menghantar wakil. Sebab itulah rakan serumah Amyra pun terpaksa keluar daerah
untuk menggantikan tempat di cawangan-cawangan yang belum cukup pekerja buat
sementara waktu. Jawatan-jawatan kosong telah pun diiklankan di dada akhbar
untuk memenuhi kekosongan pekerja di beberapa cawangan Butik Permata milik
Datin Maznah di seluruh negara.
"Deera, Aunty, Daneal pun ingin
meminta izin untuk pulang, nanti apa pulak kata mama," kata Daneal sambil
menghadiahkan senyuman untuk bakal tunangnya.
"Daneal, Pak Deris dah balik, boleh
tak, Daneal tolong tumpangkan Amyra kerumah pekerja di jalan Melati?"
Tanya Datin Maznah kepada Daneal.
Dada Amyra berdegup kencang. Sekali lagi
mukanya pucat. Cahaya lampu led berwarna hijau di situ dapat menutup wajah
kelat Amyra saat itu.
"Aduh..macamana ni," detik
hati kecil Amyra.
"Tak apalah Daneal, pergilah,
hantarkan Amyra, kasihan dia, dah malam ni, Deera dah penat sangat," Deera
memegang tangan Daneal dengan mesra.
Setelah bersalaman dengan semua, Amyra
dipelawa Daneal masuk ke kereta. Pertama kali Amyra melihat kereta sebegini
cantik. Model Mercedes Benz dua pintu, warna hitam. Apatah lagi untuk
menaikinya. Sungguh bertuah dirasakannya pada malam ini. Macam dalam cerita
Cinderella pula layaknya. Amyra tersenyum simpul. Perasan. Daneal membuka pintu
untuk Amyra dan mempersilakan Amyra naik dengan mesra. Ternyata Daneal seorang
yang sungguh romantik. Pandai ambil hati dan pada dirinya ada segala-galanya.
Bertuah sungguh kepada sesiapa yang dapat memiliki Daneal.
Daneal memasuki kereta, seiringan enjin
kereta dihidupkan, hati Amyra bergemuruh lagi, bagaikan petrol yang sedang
mendidih. Malam yang pekat dan sejuknya penghawa dingin tidak terasa oleh
Amyra. Hebat sungguh getaran perasaannya. Bertepuk sebelah tangan akan
membuatkan dia kecewa; Amyra tahu itu. Sudah berkali-kali dia memujuk hatinya
bahawa, dia tidak layak untuk Daneal. Daneal tidak akan memandangnya walaupun
sebelah mata, Amyra yakin itu. Amyra malu untuk menatap wajah Daneal.
"Myra, kenapa dengan awak?, awak
takut ke?" Terpacul soalan Daneal membuatkan Amyra tersentak dari
lamunan.
"Ti, tidak ada apa-apa..."
jawab Amyra gugup.
Daneal tidak lepas-lepas memandang
Amyra.
"Cantik dan menawan.” Detik hati
kecil Daneal. Ramai gadis yang pernah dia jumpa, namun kecantikan Amyra sungguh
berbeza sekali. Ada tarikan magnetik. Pertama kali dalam sejarah, Daneal
membawa keretanya begitu perlahan. Supaya lambat sampai dan dapat menatap wajah
Amyra sepuas-puasnya.
"Berhenti di sini, Encik
Daneal, sudah sampai.”
Daneal memberhentikan kereta mewahnya.
"Amyra, saya suka
awak..."
"Astaghfirullahal 'Azdim...."
ucap Amyra perlahan, berkali-kali.
"Tidak mungkin." Bisik hati
kecilnya.
"Izinkan saya keluar dulu Encik
Daneal..."
Daneal dengan pantas membuka pintu
kereta buat gadis cantik yang sedang mencuri hatinya.
"Nanti kita jumpa lagi," pinta
Daneal sambil menghulurkan sekeping kad kecil.
Amyra segera masuk ke halaman rumah teres
dua tingkat, khas untuk pekerja itu, tanpa menoleh kepada Daneal. Dia
benar-benar malu dan gementar kerana tidak menyangka sama sekali bahawa dia
kini tidak bertepuk sebelah tangan.
BAB 2 ~Jamuan Makan malam di rumah Datin Maznah.
Hari ini, Sabtu. Butik Permata akan
dibuka sehingga jam 5.00 petang.
"Myra, petang nanti jangan lupa ke
rumah saya, bantu anak saya mana yang patut, pukul 6.00 petang, pemandu saya
akan datang jemput awak..." kata Datin Maznah mengingatkan Amyra.
Datin Maznah menjemput semua kakitangan
syarikatnya untuk meraikan anak tunggalnya Farra Adeera yang baru saja tamat
pengajiannya di luar negara. Farra Adeera sangat meminati bidang ' business
study', sebab itu, tidak hairanlah jika gadis manis itu berjaya membawa pulang
segulung ijazah. Datin Maznah yakin Deera akan dapat mengambil alih
perniagaannya nanti. Selepas itu bolehlah dia bersara.
"Ibu, Myra pergi dulu ya, kereta
pun dah sampai tu..." Amyra bersalaman sambil mencium tangan dan pipi
ibunya.
"jaga diri dan tingkah laku
baik-baik, di rumah orang, jaga maruah kita." Masdiana memberi peringatan
kepada anaknya.
Amyra Adrya mengenakan sepasang baju
kurung Pahang berwarna biru muda. Dipadankan pula dengan sehelai selendang yang
dililit kemas. Dibiarkan sedikit hujung selendang yg bermanik halus itu
terjuntai di pipi sebelah kirinya. Pin berbentuk bintang disemat kemas di
tepinya supaya lebih menarik. Tona warna berbeza antara biru gelap dan biru
cerah itu berselang seli, menaikkan lagi seri wajah Amyra. Bibirnya dicalit
gincu berwarna oren muda. Pembayang matanya pula berwarna biru gelap
gemerlapan.
Semua alat solek itu kepunyaan ibunya.
Amyra belajar cara-cara mengenakan pembayang mata dan pemerah pipi daripada ibunya.
Setelah Amyra pergi, Masdiana berdoa kehadrat Ilahi, semoga semuanya selamat.
Banglo tiga tingkat milik Datin Maznah
tersergam indah.
"wah!...indah sungguh mahligai
ini....bisakah aku mendapatkannya..." bisik hati kecil Amyra. Dia terasa
begitu kerdil di situ. Dia mencuri pandang di kiri dan kanan kawasan banglo
mewah itu.
" Cik Amyra, mari Mak Mah tunjukkan
bilik Cik Puan Farra Adeera..." Amyra segera mengikuti Mak Mah, salah
seorang orang gaji Datin Maznah yang paling lama dan dipercayai. Sepasang mata
Amyra sempat berlegar-legar menghayati beberapa sudut di dalam banglo itu, yang
rata-ratanya dihias indah
"Ini biliknya Cik Amyra..."
Mak Mah berkata sambil mengetuk pintu bilik Farra Adeera. "Masuk..."
terdengar suara yg tegas tetapi lembut, mempelawa. Mak Mah meninggalkan mereka
berdua memperkenalkan diri masing-masing.
"hurm...cantik jugak, pembantu
kedai baru mama ni," sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Amyra.
Amyra terasa lapang dada dengan keramahan anak majikannya itu.
"Cik Farra tentulah lebih
cantik...lihatlah gaun coklat muda ini sesuai sekali dengan selendang berwarna
krim ini," puji Amyra ikhlas.
" Bakal tunang saya yang hadiahkan
kepada saya semalam, katanya sesuai jika dikenakan dengan gaun ini, cantik
tak?" tanya Adeera.
Amyra teringat, sewaktu Daneal memilih
selendang itu di Butik Permata, kelmarin. Muka Amyra menjadi pucat. Tidak tahu
kenapa. Dadanya berdegup kencang.
"Astaghfirullahal'Azdim" ucap
hati kecil Amyra supaya bertenang.
"Sungguh padan sekali cik Puan"
puji Amyra lagi.
"Ala, tak usahlah bercik-cik dengan
saya, panggil jer Deera, kan lebih mesra," Sambil memegang erat kedua-dua
belah tangan Amyra.
Amyra merenung dengan kagum keanggunan
wajah anak gadis Datin Maznah yang berusia awal dua puluhan itu. Wajah ayunya
disolek dengan warna 'natural'. Menyerlahkan lagi kejelitaannya.
Di halaman rumah, meja-meja berbentuk
bulat telah diatur cantik. Meja-meja itu dialas dengan kain berwarna ungu.
Kerusinya pula disarung dgn kain putih dan diikat dengan reben warna ungu.
Cantik. Belon-belon berwarna ungu dan putih dijadikan pintu gerbang.
Jambangan-jambangan bunga segar dan lampu-lampu neon berwarna-warni menambah
keindahan pada malam itu. Pembesar-pembesar suara diletak di beberapa sudut
penting. 'DJ' dijemput khas untuk memeriahkan lagi majlis itu.
Sudah ramai tetamu yang mula hadir.
Datin Maznah sibuk melayan tetamunya. Lilin yang dipasang di setiap meja
menjadikan suasana malam itu sungguh romantik. Karangan bunga mawar merah dan
putih menggamit tetamu supaya duduk.
"Aunty, boleh Daneal berjumpa Deera
sekejap?" tanya Daneal, kerana dari tadi dia tidak nampak pun kelibat
bakal tunangnya. Dia resah. Tidak sabar untuknya menatap wajah Adeera pada
malam itu.
"Silakan...Deera ada di
biliknya," Datin Maznah mengizinkannya.
Dengan pantas, Daneal menghayun
langkahnya menuju kebilik bakal tunangnya. Bilik Farra Adeera di tingkat satu,
dari atas 'balcony', akan nampak jelas pemandangan kolam ikan, kolam renang dan
hiasan taman di halaman banglo itu.
Tok..Tok..! Pintu bilik Deera diketuk
perlahan. Deera kenal benar dengan gaya ketukan itu. Deera tersenyum simpul
lalu meluru ke muka pintu. Pintu biliknya dikuak cepat.
"Sayang...! kenapa lambat..!?"
rengek Deera mesra.. Jemari mereka pun bertaut.
Amyra terpegun sebaik-baik Daneal
memusingkan tubuhnya bila terasa ada orang lain yang turut hadir di kamar itu.
Lelaki itu! Lelaki yang mendapat layanan istimewanya ketika di butik hari itu.
Tetapi kenapa dia harus berasa gugup dan goyah. Perlukah perasaan itu? Apapun
Daneal tidak sempat memerhatikan Amyra kerana terpaksa fokus melayan gelagat
manja Adeera.
Ah, alangkah anggunnya tampang sepasang
kekasih itu! Sungguh padan. Sama-sama tinggi lampai. Farra Adeera berkacukan
Inggeris Melayu, berhidung mancung dan berkulit putih bersih. Daneal Zulkarnain
yang segak mengenakan suite hitam, bagaikan seorang model yang sering terpapar
di halaman-halaman majalah. Daneal masih tidak sedar dirinya diperhatikan
Amyra.
"Ehem!Maaf, tumpang lalu, saya
ingin ke bawah sebentar."
Daneal, tersentak seketika. Baru
perasan. "Myra," bisik hatinya. "Cantiknya" hati kecil
Daneal berbisik memuji-muji. Berbeza sekali penampilan gadis itu ketika
ditemuinya di butik dulu.
Sepasang mata galak Daneal, memerhati
gerak lengguk Amyra. Amyra adalah gadis kacukan Melayu Jawa. Berkulit kuning
langsat.
"Sayang..!" sergah Adeera.
Daneal tersentak dari lamunannya.
"Siapa tu?". Daneal pura-pura
bertanya.
"Ala..dia tu pembantu butik mama...
jom! turun..." ajak Adeera.
Fikiran Daneal masih tertumpu kepada
Amyra. Dia tidak tahu kenapa. Hati dan fikirannya tidak lepas-lepas
terbayangkan wajah Amyra.
Di dalam bilik air, Ameera seperti mahu
menangis. Dadanya berdegup kencang. Adakah dia cemburu?. Tidak mungkin.
Siapalah dirinya.
Amyra teringat kata-kata ibunya, "
jaga tingkah laku dan adab sopan di rumah orang, Jaga Maruah".
Amyra membetulkan pakaian dan tudungnya.
Amyra cuba mengukir senyuman di cermin. Kaku terasa. Senyuman yang tidak
ikhlas. Dia cuba juga, keluar dari tempat persembunyiannya itu. Sebaik sahaja
Amyra melangkah keluar, tiba-tiba dari jauh, Amyra ternampak dua sejoli itu
menuruni anak tangga satu persatu seperti puteri dan putera raja.
Gaun labuh Deera yang meleret menambah
lagi keanggunan. Kali ini Amyra benar-benar rasa cemburu, apabila melihat
mereka berpegangan tangan seiringan. Para tetamu pun turut mencuri pandang dan
berbisik-bisik. Dato' Zakaria dan Datin Mariam tersenyum megah. Amyra masuk
kembali ke dalam bilik air. Dinding yang penuh dengan batu marmar yang bersih
berkilat itu, menampakkan wajahnya yang sugul. Sekali lagi Amyra menahan tangis
sendirian.
Dari corong pembesar suara, Amyra mula
terdengar ucapan Datin Maznah. Dia difahamkan Adeera dan Daneal akan
ditunangkan pada bulan hadapan. Mereka juga akan dilantik menjadi orang penting
dalam syarikatnya. Amyra tidak dapat tumpukan kepada ucapan Datin Maznah. Dia
sekali lagi cuba untuk keluar dari tempat persembunyiannya itu.
Amyra cuba bergaul dan duduk semeja
dengan pekerja-pekerja lain. Memaksa dirinya berbual mesra dan sesekali
tersenyum. Daneal masih mencuri pandang wajah Amyra Adrya, walaupun sesekali
terpaksa melayan bakal tunangnya. Mereka duduk semeja bersama Dato' Zakaria dan
Darin Mariam.
"Cantik sungguh Deera malam
ini," puji Datin Mariam, bakal ibu mertuanya.
"Terima kasih Aunty..." kata
Deera sambil tersenyum.
Setelah selesai amanat dan ucapan yang
disampaikan oleh Datin Maznah, semua hadirin dijemput menikmati hidangan.
Lagu-lagu sentimental menjadi suasana bertambah tenang dan romantik.
Subscribe to:
Posts (Atom)